Saturday, December 8, 2012

Falling in Luv~

Mungkin senang nak jatuh cinta buat kali pertama... dan cinta yang pertama tu mengajar kita erti segalanya...
kasih sayang, prihatin, and lain-lain... cinta pertama.. kita hargai agar berkekalan..cinta pertama.. kita akan ingat sampai bila-bila... cinta pertama menjadi sejarah... semasa cinta pertama, hati kita senang di ambil, senang dipikat... tapi apabila sekali disakiti.. sakitnya rasa macam kena hiris.. sayang yang diharapkan tak berkekalan... well, itulah cinta pertama... tapi cinta kedua dan seterusnya.. hati kita semakin susah nak diambil, semakin susah nak dipikat.. kerana cinta pertama mengajar kita erti keperitan, kesakitan, dan erti dicurangi.. cinta yang paling bahagia didalam hidup sudah semestinya cinta terakhir... didalam keperitan ada kebahagian.. dalam kesakitan ada kegembiraan... cinta yang akhir membawa kita ke syurga.. cinta yang pertama?? aku tak cakap pergi ke neraka... tapi ia telah menjadi sejarah, menjadi pengajaran...  dalam setiap percintaan kita akan menemui orang yang lebih baik... takdir Allah sungguh indah.. :) kawan menjadi lawan, dan mungkin juga lawan menjadi kekasih... mungkin berlaku didalam hidup sesetengah orang... kita mengharapkan orang lain tetapi sebenarnya jodoh kita kat sebelah je.. siapa tahu...Allah tahu yang terbaik untuk kita.. sesungguhnya orang yang baik jodohnya dengan yang baik jugak... pernah dengar cerita orang kahwin ngan bunian kan??? semua benda tu tak betul.. sebab Allah telah menetapkan bahawa kita akan kahwin ngan spesis kita jugak.. manusia-manusia, bunian-bunian.. fitrah alam.. well,cinta.. perasaan tu datang dengan sendiri.. samada muslihat syaitan.. atau memang jodoh kita... tetapi kebanyakan didunia ni hanya muslihat syaitan.. so beware of your 'LOVE'... kena jaga hati tu baik-baik, sebelum kita belajar nak jaga hati orang.. jaga hati sendiri pun susah nak jaga hati orang pulak... 

Manusia,
manusia belajar dari sejarah..
manusia belajar dari pengalaman..
manusia belajar dari apa yang kita lihat..
manusia dijadikan untuk beribadah kepada Allah..
manusia sering melakukan kesilapan..
manusia buta kerana cinta..
manusia buta kerana dikaburi syaitan..
tetapi manusia adalah makhluk paling sempurna didunia ini..
kerana manusia mempunyai akal dan fikiran...
kerana manusia boleh bercakap..
kerana manusia boleh berjalan...
kerana manusia mempunyai hala tuju..
kerana manusia mempunyai hati dan perasaan 
oleh itu.. jagalah mereka dengan sebaiknya.
bersyukur dengan apa yang kita ada..

Mak selalu cakap..'kalau Allah nak tarik balik nikmat Dia.. sekejap je' and that's right.. Allah boleh tarik balik perasaan kita pada seseorang.. Allah boleh tarik balik harta yang diberikan... Allah boleh tarik balik kebahagiaan yang diberikan.. Allah boleh tarik segala-galanya termasuk NYAWA... Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Adil... :)

No comments:

Post a Comment